Sabtu, 20 Jun 2015

Sakit Hati ! ><

Assalamualaikum,

Hai semua, buat apa tu? Hehe. Okay hari ni nak luah satu citer ni, yang bertajuk "Sakit Hati ! ><". Kenapa sakit hati? Sebab ada hamba Allah ni (biar dirahsiakan...) dia banyak kali duk herdik, hina, dan sama waktu dengannya. Ye lah, aku tahu aku ni bukan perfect sangat pun. Tak macam orang lain... bape kali aku keluarkan air mata... dah 4 tahun aku duk merana. Dah lama, tiap-tiap tahun kalau tak menangis tak sah. Mesti nangis punya. Tapi tahun ni lain sikit, aku sedar siapa aku sebenarnya. Susah aku nak luahkan...  memang susah, sebab kalau aku ni jiwa yang sensitif. Salah sikit pun dah sentap... jangan ingat aku tak kuat sentap. Hehe.
Okay, aku faham yang hati Aku ni lemah dan tak kuat... bila seseorang tu herdik aku ,hina aku. memang aku sensitif kalau. Bab tu... tapi aku tetap sabar sebab aku tahu ni semua dugaan Allah kat aku...  Kalau menangis pun, tak dapat apa-apalah...huhu . Memang takkan dapat apa-apa kalau menangis. Hanya Allah je tahu, sakit kat dalam hati ni, aku tahan macam mana. Penat wei, penat!. Allah sayangkan aku, sebab tu Allah bagi aku susah dulu. Senang kemudian.

Yang buat sakit hatinya, bila aku kena perli habis-habis. Ya Allah, tak tahu nak cakap ape dah... nak tahan nangis tak boleh. Rasa masatu macam nak lari je... tapi aku fikir. Kalau aku lari? Nak lari mana? . Pastu, bila aku tengah Study. Dia bantai kata aku buat kerja lain? Padahal depan mata nampak buku tercengang...  saja nak buat aku down...bila tengah exam... Ya Allah, kenapa dengan dia?? Pastu nak bandingkan aku dengan orang lain... okay Fine!  Bila aku lulus, Dia diam... tak bangga. Bila Failed, Terus nak perli aku, pastu hina-2. Ingat aku apa? Tak de perasaan? Tak de hati? Fine!  Fine ! . Memang rasa nak menjerit sekarang ni...  ya Allah, kenapa dengan aku ni? Huhuhu.
Tapi aku sedar siapa aku... aku tak perfect, aku hanya manusia biasa... huhu.

Moga Allah bukak pintu hati dia...

Aku tak larat nak hidup macam ni...

Sekian sahaja hari ni,

Assalamualaikum

:"(

#Sedih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan