Sabtu, 20 Jun 2015

Sakit Hati ! ><

Assalamualaikum,

Hai semua, buat apa tu? Hehe. Okay hari ni nak luah satu citer ni, yang bertajuk "Sakit Hati ! ><". Kenapa sakit hati? Sebab ada hamba Allah ni (biar dirahsiakan...) dia banyak kali duk herdik, hina, dan sama waktu dengannya. Ye lah, aku tahu aku ni bukan perfect sangat pun. Tak macam orang lain... bape kali aku keluarkan air mata... dah 4 tahun aku duk merana. Dah lama, tiap-tiap tahun kalau tak menangis tak sah. Mesti nangis punya. Tapi tahun ni lain sikit, aku sedar siapa aku sebenarnya. Susah aku nak luahkan...  memang susah, sebab kalau aku ni jiwa yang sensitif. Salah sikit pun dah sentap... jangan ingat aku tak kuat sentap. Hehe.
Okay, aku faham yang hati Aku ni lemah dan tak kuat... bila seseorang tu herdik aku ,hina aku. memang aku sensitif kalau. Bab tu... tapi aku tetap sabar sebab aku tahu ni semua dugaan Allah kat aku...  Kalau menangis pun, tak dapat apa-apalah...huhu . Memang takkan dapat apa-apa kalau menangis. Hanya Allah je tahu, sakit kat dalam hati ni, aku tahan macam mana. Penat wei, penat!. Allah sayangkan aku, sebab tu Allah bagi aku susah dulu. Senang kemudian.

Yang buat sakit hatinya, bila aku kena perli habis-habis. Ya Allah, tak tahu nak cakap ape dah... nak tahan nangis tak boleh. Rasa masatu macam nak lari je... tapi aku fikir. Kalau aku lari? Nak lari mana? . Pastu, bila aku tengah Study. Dia bantai kata aku buat kerja lain? Padahal depan mata nampak buku tercengang...  saja nak buat aku down...bila tengah exam... Ya Allah, kenapa dengan dia?? Pastu nak bandingkan aku dengan orang lain... okay Fine!  Bila aku lulus, Dia diam... tak bangga. Bila Failed, Terus nak perli aku, pastu hina-2. Ingat aku apa? Tak de perasaan? Tak de hati? Fine!  Fine ! . Memang rasa nak menjerit sekarang ni...  ya Allah, kenapa dengan aku ni? Huhuhu.
Tapi aku sedar siapa aku... aku tak perfect, aku hanya manusia biasa... huhu.

Moga Allah bukak pintu hati dia...

Aku tak larat nak hidup macam ni...

Sekian sahaja hari ni,

Assalamualaikum

:"(

#Sedih

Rabu, 17 Jun 2015

Ramadhan dah datang ! :')

Assalamualaikum,

Hai semua, hehe... masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam.  hari ni dah nak masuk Hari Ketiga dalam Bulan Ramadhan... hehe...haaaa. Di sini nak ambik kesempatan, untuk meminta maaf kalau ada salah silap, or sama waktu dengannya...  moga ramadhan tahun ni. Lebih Banyak manfaat yang kita dapat dan perbanyakkan ibadah... insya Allah...

SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM

=D

Selasa, 9 Jun 2015

Lawan Bowling

Assalamualaikum,

Hai korang ! , hahaha. korang ape khabar hari ni ? sihat ke tidok? hope sihat-sihat je lah ye. okay ni nak cerita pasal.........(Jeng jeng jeng*bunyi drum*) Lawan Bowling. Baru-baru ni masa 6/6/15 ade lawan bowling kat Nilai. Tapi tak adelah menang , just dapat tempat ke-16 (huarghhh*Nangis*) tak de rezeki kan.. kita tunggu masa yang akan datang. sekarang main bowling dah jadi hobi baru pulak... aish . hahahaha. main bowling ni bestlah jugak. penah sekali tu, time training lah, masa nak heret bola tu. boleh pulak jatuh , tapi cover-cover lah sikit muka waktu tu....hahahaha. bola licin, tu yang jatuh. tapi yang paling penting Strike Sekali woo...hahaha. tu yang bangga sikit tu. seumur hidup main bowling tak pernah dapat strike(Jujur) hahahaha.mesti korang pikir, "Hek eleh, strike sekali nak kecoh." kan? hahahahaha. 


(tengok kartun ni? tera tak tera main benda ni..haha)


Okay sampai sini jelah cerita harini.. hope dapat update pada masa akan datang...hehe.
Bye...

Assalamualaikum....



P/s: kalau nak main benda tu, kena training awal. sebab dia effect kat lengan dengan lutut.. huhu. sampai skang tangan sakit duk main bowling....